Monday, January 9, 2012

TATACARA PENGGUNAAN BAUCER RM200

1- Baucer buku akan dicetak oleh Percetakan Nasional Berhad dengan ciri-ciri keselamtan tertentu.

2- Pelajar perlu membuat belian buku rujukan / buku latihan di kedai buku terpilih yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa & Pustaka dan mengemukakan baucer buku, kad pengenalan dan juga ID pelajar. (Jangan lupa bawa bersama)

3- Sekiranya amaun pembelian kurang drpd RM 200, pelajar dibenarkan untuk membeli peralatan pembelajaran contohnya buku catatan dan alat tulis. Baki baucer buku yang tidak habis digunakan dianggap telah digunakan dan tidak boleh dituntut.

4- Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan

5- Baucer yang diterima tidak boleh ditukarkan kepada wang tunai.

SEKIAN.TERIMA KASIH.
MARI BELI BUKU....HUHUHU



SUMBER LANJUT TEKAN LA

No comments: